RH IDEAS DESIGN menyediakan khidmat cetakan bagi kad, sticker, bunting, banner, backdrop & lain-lain cetakan yang berkaitan secara atas talian (online).
BAYARAN TEMPAHAN
Normal Printing Pelanggan dikehendaki untuk membuat bayaran deposit (Min RM50) bagi tujuan pengesahan tempahan. Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum proses cetakan dijalankan.
Urgent Printing Bayaran Penuh diperlukan bagi pengesahan tempahan.
TEMPOH PROSES
Proses draft artwork akan bermula selepas bayaran deposit & maklumat lengkap diterima. ** Proses draft artwork adalah 1-3 hari bekerja. ** Proses pembetulan artwork adalah 1 hari bekerja ** Proses cetakan adalah 7 hari bekerja. ** (Tidak termasuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
PEMBETULAN ARTWORK / DESIGN
Sebarang perubahan artwork boleh dilakukan sebanyak 3 kali sahaja selepas artwork pertama siap dan ditunjukan kepada pelanggan. Selepas perubahan yang ke 4, caj tambahan sebanyak RM15 akan dikenakan bagi setiap perubahan artwork yang berikutnya.
CAJ TAMBAHAN
Caj tambahan akan dikenakan bagi penukaran seperti berikut: - Penukaran artwork/design lain : RM30 - Penukaran peta : RM30 - Penukaran size kad kepada size yang lebih kecil : RM30 - Penukaran orientasi/layout kad selepas artwork pertama diterima : RM15
KAD KAHWIN CUSTOM
Pelanggan boleh memberi seberapa banyak contoh-contoh kad sebagai panduan untuk proses rekaan kad kahwin custom, tetapi pihak RH IDEAS hanya menggunakan sumber elemen/imej/clipart/pattern yang kami miliki untuk mengilhamkannya ke dalam rekaan anda.
PELARASAN WARNA
Pihak RH IDEAS tidak dapat menjanjikan warna hasil cetakan yang 100% sama dengan artwork yang telah dipersetujui kerana ia melibatkan dua penyelarasan warna iaitu pada skrin monitor komputer dan mesin cetak.
Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir kami ialah 5%-25% daripada warna sample artwork.
PENGESAHAN ARTWORK
Pihak pelanggan dikehendaki untuk membuat semakan & pengesahan artwork sebelum proses cetakan dijalankan. Sebarang pembetulan/perubahan artwork selepas pengesahan artwork, tidak akan dilayan.
Jika berlaku kesilapan pada artwork, pihak RH IDEAS akan menyemak kembali final artwork yang telah disahkan oleh pihak pelanggan. Sekiranya sama dengan artwork yang telah disahkan, pihak RH IDEAS tidak akan membuat cetakan semula.
PENGHANTARAN/ POSTAGE
Pihak kami berhak menentukan pilihan courier. Setiap penghantaran akan diberikan nombor tracking sebagai rujukan. Urusan jual beli dianggap selesai apabila proses penghantaran dilakukan.
Jika berlaku masalah penghantaran, adalah menjadi tanggungjawab pihak pelanggan untuk berurusan dengan Syarikat Penghantaran. Sebarang kelewatan/kecuaian/masalah yang berlaku daripada Syarikat Penghantaran adalah diluar kawalan kami.
Memilih option “POSTAGE” bermakna pihak pelanggan bersedia menerima segala risiko yang berkaitan. Walau bagaimana pun, pihak kami bersedia memberikan bantuan sekiranya perlu. Segera hubungi kami.
PEMULANGAN
Setiap pemulangan berangan hendaklah dilakukan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh barang diterima. Sila hubungi kami dengan segera untuk memberitahu masalah barang tersebut.
PEMBATALAN TEMPAHAN
Pembatalan tempahan adalah dibenarkan dengan caj seperti berikut: - Pembatalan sebelum proses cetakan : Deposit tidak akan dipulangkan. - Pembatalan ketika proses cetakan dijalankan : Bayaran tempahan tidak akan dipulangkan.
Salinan softcopy artwork
Pihak RH IDEAS tidak memberikan salinan original artwork (illustrator/photoshop format) kepada customer. Kami hanya menyediakan salinan softcopy dalam format JPEG sahaja.